Monday 31 October 2011

RAMAI WARGA MALAYSIA BEKERJA DI LUAR NEGARA

Mengikut statistik yang diberitahui oleh Timbalan Menteri, ada sekitar satu juta warga Malaysia kita yang bekerja di luar negara.  Banyak tu!

Aku hanya tahu ada ramai warga pelajar yang terus berkerja di luar negara selepas tamat belajar.  Mereka memilih untuk mencari kerja di sana kerana tawaran dan terma pekerjaan yang jauh lebih baik.

Itu pilihan mereka.  Siapa pun tidak berhak memaksa mereka balik bekerja.  Kalau ada masalaah bersabit pelajaran yang yang ditaja oleh kerajaan Malaysia, itu adalah masaalah bersabit perundangan.

Sunday 2 October 2011

GAJI MINIMA RM 1,500

Ada dengar ura-ura gaji minima adalah RM 1,500.  Kemudian sudah ada reaksi bahawa gaji sebanyak itu pun tak cukup untuk menampung keperluan asas.

Teruk juga tu?  Mengada-ngada betul rasanya!

Kalau nak kira cukup, di bandar, RM 2,000 pun tak cukup juga.  Semua kemudahan dan barang keperluan memang mahal.

Sewa rumah yang sederhana selesa pun sudah lebih RM 800.  Belanja untuk kereta dan minyak atau kenderaan awam, belanja makan, anak sekolah akan melebihi RM 1000.  Belum lagi bayar bil api, air dan telefon!